top of page

OUR STORY

Lahir Demi Kesihatan Anda

Alwana Naturals mengeluar dan mengedar produk-produk makanan dan minuman yang memberi nilai tambah kepada kesihatan umat manusia serta mengutamakan hasil keluaran semulajadi (natural) sebagai sumber pengeluaran produk.

Pengalaman selama 9 tahun mengedarkan dan memberi khidmat nasihat kesihatan alternatif mencetuskan idea untuk mengeluarkan produk jenama Alwana Naturals sebagai pilihan makanan dan minuman dari sumber semulajadi yang memberi pelbagai khasiat untuk setiap lapisan masyarakat dari kecil hingga dewasa.


Keluaran pertama kami merupakan Kordial Roselle yang dihasilkan daripada buah roselle sebenar yang ditanam petani di Kelantan. Ia dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP dan pastinya halal.

 

Matlamat kami adalah untuk menghasilkan lebih banyak produk makanan dan minum dibawah jenama Alwana Naturals bagi mempelbagaikan pilihan untuk mereka yang ingin mendapatkan produk keluaran Muslim.

Alwana Naturals
bottom of page